Monday 18 April 2016

Habbasyi Oil








Ramai yang bertanya apa Habbasyi Oil ni...apa kegunaan dia..boleh ke jadi milk booster?
kalau ibu yang tak menyusu boleh consume?

Apa itu Habbasyi Oil? 

Habbasyi Oil ni adalah kapsul minyak dari habbatussauda.
Habbatussauda (Nigella Sativa) atau orang ramai selalu sebut sebagai Jintan Hitam.  Sebenarnya, kalau perasan ianya dah digunakan sejak dulu lagi, lebih-lebih lagi kebanyakan negara Timur Tengah.
Menyedari akan kebaikannya, ia mula terkenal dan mendapat tempat di kalangan negara-negara lain.
Kesan sampingan yang tiada merupakan ianya menjadi pilihan untuk semua lapisan masyarakat.
Apabila kita lihat dekat botol Habbasyi Oil itu sendiri  memang sudah dinyatakan kebaikan utamanya adalah untuk meningkatkan sistem imunisasi dan sebagai salah satu langkah alternatif bagi pencegahan penyakit.

Tapi , jangan salah sangka ye.... ianya bukanlah ubat yang kalau makan maka langsung tiada satu penyakit pun datang.  Habbasyi Oil ni cuma membantu proses bukannya makan sekali terus expect untuk sembuh.  

Pengambilan yang konsisten, nawaitu dan juga penjagaan kesihatan hendaklah seiring untuk keberkesanan yang optimum.



Manakala,  bagi ibu yang menyusukan anak ianya juga boleh dijadikan sebagai milk booster.

Bagaimana?


  •  Cepat :  Sifat semulajadi Habbatus Sauda yang panas dapat mempercepatkan kelancaran urat-urat susu dalam badan.
  • Berkesan  :  Habbatus sauda dalam bentuk minyak sama ada disimpan dalam bentuk soft gel, lebih CEPAT bertindak balas berbanding dalam bentuk serbuk.
  • Mudah dan Senang  untuk dimakan sebab ianya dalam bentuk kapsul. Tak perlu dibancuh.
  • Semulajadi.  Ianya dalm bentuk natural minyak (kapsul) dan 0% bahan kimia digunakan.
  • Efektif dalam menghasilkan tenaga TAMBAHAN segera kepada badan ibu yang penat bekerja bagi menghasilkan susu lebih banyak.
  • Produktif  dalam pengeluaran susu kerana urat-urat susu dan darah akan lebih lancar disebabkan ianya adalah AGEN DETOX  (pembuang toksin) yang terbaik. 
  • Hasil yang konsisten .  Pengambilan Habbasyi Oil yang konsisten dan minum 3Litre aie sehari dapat membantu menambahkan kuantiti EBM.
  • Sunnah Nabi Muhammad SAW yang disebut dalam hadis 
            "Habbatus Sauda adalah penawar kepada  segala penyakit kecuali MAUT"

Malah kandungan dalam habbatus sauda telah diiktiraf adalah antara MILK BOOSTER yang terbaik oleh pakar laktasi kerana sifatsemulajadinya yang memberi haba dan memanaskan badan.

Ramai ibu yang telah mencuba memberi feedback seawal 3 HARI!!!

Wajib CUBA!!

Cara pengambilan  : 2x 2 kapsul sehari untuk ibu menyusu 

Jom dapatkan Habbasyi Oil di page Baby Store Borneo 

Monday 11 April 2016

Dropship to Ownership



Bukan mudah nak jadi senang
Bukan senang nak berjaya


Permulaan Little Suffee’s Closet 4 tahun yang lalu hanyalah agent dropship yang tanpa memerlukan dana kewangan untuk memulakan perniagaan…

Kata orang untung atas angin
Tapi perumpamaan itu tak sesuai..untung atas angin ni ibarat tak bekerja tapi dapat duit

Dropship ni tanpa modal tapi marketing , promo strategi kena cun
Barulah sales meletop kebabom bom!

Dropship ni bukan setakat jual..jual..jual…
Kalau jual…jual dan lagi jual sahaja tanpa ada strategi pengurusan yang cun ianya akan membuatkan anda mula untuk give up….

Untung baru RM tapi COD (Cash on delivery) lagi kepada customer…
Adakah ianya betul atau tidak??

Adakah anda berminat nak ketahui tips kami??

Bagaimana dengan dropship akhirnya Baby Store Borneo mula mendapat tempat dengan sokongan padu customers tersayang….

Jika anda agent, dropshippers….JANGAN KECIKKAN IMPIAN ANDA!
Pergi lebih jauh lagi….anda boleh dan kami boleh berkongsi perjalanannya…

Kami akan bermula dengan warga Kuching Sarawak…
Untuk kami organise satu talk bagi berkongsi apa yang kami tahu dan kami telah buat daripada dropshippers bermula di rumah…kemudian menyertai booth…dan akhirnya Butik Baby Store Borneo.

Berminat menyertai program kami…

Boleh inbox page FB Baby Store Borneo

Thursday 7 April 2016

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum, salam sejahtera dan hello...

SELAMAT DATANG KE BABYSTORE BORNEO


Daripada seorang ibu untuk ibu....

Lama sudah mempunyai niat untuk mengembalikan keaktifan mata pena di blog ini.
Namun , kekangan masa menyebabkan ia tertangguh.

Sibuk menguruskan butik Baby Store Borneo. Satu transformasi daripada Little Suffee's Closet sehingga ke sebuah butik.  Satu transformasi daripada agen dropship yang bermula pada tahun 2012 dengan modal kosong sehingga kepada pembukaan butik Baby Store Borneo di Kuching, Sarawak.  Iya...kami akui...tanpa anda siapalah kami untuk mencapai kejayaan ini.  Terima kasih atas sokongan padu anda semua kepada Little Suffee's Closet dan Baby Store Borneo.  Tanpa sokongan, komen dan nasihat anda perjalanan kami berterusan sejak tahun 2012 sehingga kini dan in sha Allah semoga sentiasa berkembang.

Bagi mereka yang masih tercari-cari lagi butik kami, ianya memang beralamat Jalan Demak, namun terletak di kawasan Petrajaya, Kuching, Sarawak.

Baby Store Borneo berada betul-betul diatas Wanda cash and carry. Dekat Kuching kedai Wanda ni banyak.  Jadi landmark kami adalah Wanda Teh Tarik Demak, shoplot yang betul-betul berhadapan dengan Medan Hamidah KFC drive thru , Petrajaya, Kuching, Sarawak.

 klik link dibwah untuk mengunakan maps dari google.
direction to Babystore Borneo

lokasi kami, berada diatas Wanda
jika anda mengunakan WAZE app, cari J&J restaurant atau TehTarek kafeteria 2.

talk yang pertama - 
waktu operasi
Apabila bercerita tentang pembukaan Butik Baby Store Borneo ni, kisahnya bermula dengan impian yang terpendam.  Perjalanan ibu bapa baru seperti kami sesungguhnya sukar apabila hendak menjadikan penyusuan susu ibu ini adalah mudan dan berjaya.  Justeru, di waktu itu kesukaran untuk mendapatkan khidmat nasihat yang menyeluruh selain daripada pembacaan ternyata bukan sesuatu yang mudah.  Setiap hari adalah hari untuk meneruskan pemburuan...

Bukan memburu binatang...hihi...
Tetapi kami hunting for clinic yang breastfeeding friendly...di mana kami boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang posisi penyusuan ibu yang betul dan sebagainya.

Malah, untuk mendapatkan barangan dan keperluan bayi dalam harga yang berpatutan secara walk in pun amat sukar.. Justeru, akhirnya kami bermula dengan perniagaan menjual barangan bayi dengan sedaya upaya untuk memberikan harga yang terbaik.  Sebagai ibu juga yang hendak membantu lebih ramai lagi ibu-ibu di luar sana untuk menjayakan penyusuan susu ibu, saya juga mengambil kursus untuk menjadi seorang Malaysian Breastfeeding Peer Counselor.


Maka , wujudlah Baby Store Borneo.  Konsultasi penyusuan ibu secara percuma dimana ibu boleh bertanya apa-apa sahaja dan ibu boleh berkongsi apa jua informasi.  Malah, ibu juga boleh mencuba breastpump sebelum membeli mengikut kesesuaian ibu.


Impian terpendam telah menjadi nyata.  Babystore Borneo begitu mengambil berat dan menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu di dalam menyediakan one stop centre untuk semua keperluan ibu, bayi dan kanak-kanak.  Semoga kita sama-sama menjadikan penyusuan susu ibu ini sebagai satu budaya di dalam masyarakat kita.

WE MAKE YOU SMILE
Suffee